Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sebelum memperkenalkan diri, saya bukanlah sifu, coach, trainer dan sebagainya yang biasa di panggil oleh mereka di luar sana. Apa yang saya ingin tulis di sini adalah sebagai rujukan saya sendiri dalam dunia keusahawanan dan ilmu kesihatan dan saya mohon maaf sekiranya penulisan tidak teratur mengikut skema penulisan.
Mengapa Menulis?
Walaupun pelbagai platform yang wujud diluar sana tapi daya fokus saya berkurang, itu yang dirasai oleh saya sendiri. Bayangkan kita consume swipe hampir berjam tanpa ada tujuan walaupun pada asalnya kita ingin mencari ilmu dan pada akhirnya kita tak menyumbang apa apa.
Baiklah, Sedikit bio dari saya ialah nama saya Shahraymie Yazid Bin Ibrahim merupakan ayah kepada 2 orang anak. Sebelum ini menetap di Kuala Lumpur hampir 35 dan sekarang di Shah Alam.
Perjalanan pendidikan saya bermula dari Sekolah Menengah Taman Melawati dan seterusnya meneruskan pengajian ke Universiti Putra Malaysia dengan menamatkan Diploma Perhutanan. Semasa belajar penglibatan saya di kolej adalah kurang berbanding aktiviti keusahawanan diluar. Ya banyak diluar kampus! Dan selepas tamat pengajian, saya terus mengambil kursus dengan menyertai Program Siswazah Francais. Penglibatan ini membawa saya kepada pengalaman yang mengujakan dalam aktiviti keusahawanan bersama Kementerian Usahawan dan Perbadanan Nasional Berhad.
Dengan hampir 7 tahun menjadi francaisi sebuah restoran makanan, saya telah merasai dinamik dunia keusahawanan dan pernah terlibat dalam membangunkan pasukan Network Marketing sejak tahun 2010. Pengalaman ini tidak hanya membentuk diri saya sebagai individu yang berdaya maju tetapi juga memberi dimensi yang lebih luas kepada pengetahuan saya terutama dalam bidang keusahawanan.
Saya juga pernah bekerja sebagai Halal Executive di sebuah syarikat SME membangunkan Persijilal Halal Syarikat tersebut dari awal sehingga memperolehi sijil halal diiktiraf JAKIM. Kini, saya merupakan Senior Executive Production di salah sebuah kilang di Shah Alam terlibat dalam aktiviti Food Safety serta terlibat dalam aktiviti audit FSSC 22000.
Kini, minat saya merangkumi pelbagai aspek termasuk penulisan blog, program affiliate, pengiklanan kreatif, jualan, dan pemasaran. Semua ini membentuk portfolio saya sebagai seorang yang usahawan kreatif dan berpengetahuan luas dalam bidang digital.
Terima kasih kerana bersama saya dalam perjalanan ini! Saya berharap melalui blog ini, kita dapat berkongsi lebih banyak inspirasi, pengetahuan, dan pengalaman yang memberi impak positif kepada rakan semua.
Salam Perkenalan
Shahraymie